Thursday, May 14, 2009

Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik Anak

"Kalau seorang anak sahaja yang menimbulkan masalah, tak mengapalah. Ini kedua-duanya menimbulkan masalah. Mesti saya seorang ibu yang teruk!" rintih seorang ibu muda mengenai masalah yang dihadapi, mengenai anak-anaknya.


Pernahkah anda mengalami perasaan seperti luahan di atas?
Satu perkara yang perlu difahami, jika seorang ibu menghadapi masalah dalam membesarkan anak-anak, adakah itu petanda dia seorang ibu yang teruk? Adakah seorang ibu yang baik, bermaksud seorang yang tidak dilanda cabaran dalam membesarkan anak-anaknya? Sebenarnya kita perlu faham apakah peranan masalah dan cabaran dalam hidup kita. Mengapa kita perlu didatangi cabaran dan masalah? Mengapa hidup tidak boleh menajdi mudah dan tanpa masalah?


Kita dibesarkan dengan satu tanggapan bahawa bila didatangi masalah atau cabaran, itu adalah petanda buruk. Kita melihat masalah dan cabaran sebagai sesuatu yang amat digeruni. Tetapi sebenarnya sekiranya kita faham peranan kedua-dua ini di dalam hidup kita, itulah jawapan yang boleh menjadikan kita hidup tenang.
Masalah dan cabaran adalah guru kepada kita. Ia datang untuk kita mendapat sesuatu ilmu dan kesedaran. Memang kita boleh mendapat ilmu daripada pembacaan, perbincangan dan yang sepertinya, namum, ilmu yang datang daripada masalah dan cabaran akan menyingkap rahsia siapakah kita di muka bumi ini.



Membersihkan hati
Dengan kata lain, setiap dimensi diri kita akan bertumbuh. Yang dimaksudkan dengan dimensi diri, ialah diri fizikal, intelek, emosi dan spritual. Pertumbuhan ini meningkatkan FQ, IQ, EQ dan SQ kita. Itulah maksudnya, firman Allah yang mengingatkan kita bahawa, "Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang diluar kemampuannya." (sebahagian ayat 286 dari surah Al-Bawarah)


Memahami akan maksud ayat ini, kita boleh berlampang dada kerana ini adalah satu jaminan bahawa segala cabaran dan masalah yang datang kepada kita walaupun nampak dan rasa amat hebat dan besar, ia sebenarnya adalah di dalam kemampuan kita untuk menanganinya.


Apabila kita berjaya menanganinya, maka kita akan lihat diri kita menjadi lebih matang, bijaksana dan berhati mulia. Inilah rahsia mengapa masalah dan cabaran wujud di dalam hidup kita. Dari segi diri fizikal, ia menjadikan hidup kita lebih bermatlamat. Contohnya, kita lebih menghargai tubuh kerana inilah satu-satunya tubuh yang menjadi kenderaan kita beroperasi di dalam dunia material ini. Dari segi diri intelek pula, kita mendai kaya ilmu, lebih matang dan berfikiran luas. Dari segi diri emosi pula, kita menjadi lebih perihatin akan perasaan orang lain. Hati kita mudah berasa kasih dan sayang kepada setiap ciptaan Allah.


Masalah dan cabaran, membersihkan hati kita daripada sifat keangkuhan. Dari segi diri spritual pula, kita menginsafi bahawa setiap apa yang kononnya kita miliki sebenarnya adalah kepunyaan Illahi. Kita tidak terbelenggu dengan ego kita yang hanya mahu melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Pertumbuhan diri spritual kita membolehkan kita mempunyai kekuatan sebenar kerana niat mengapa kita mahu melakukan sesuatu, apa sekalipun, adalah untuk kebaikan semua ciptaan Allah. Di sinilah kita menunaikan tujuan ciptaan kita iaitu untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini, di mana kita membawa perbezaan di dunia ini.



Kerendahan hati
Kembali kepada isu kita mengenai anak-anak yang menimbulkan masalah. Ingatlah, pada hari anak itu dilahirkan sehinggalah nyawa bercerai daripada badan, kita ketap akan menemui masalah dan cabaran di dalam mendidik dan membesarkan anak. Jika tidak, masakan Allah memberi yang besar kepada ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak.


Seorang bakal ayah telah bertanya yang maksud soalannya lebih kurang begini, "Bagaimana saya boleh menyediakan diri untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak-anak saya?" Tidak ramai bakal ayah yang mempunyai sikap ingin tahu untuk menyediakan diri menjadi ayah kerana kurangnya kesedaran tentang ilmu-ilmu rumahtangga dan keibubapaan dan mempunyai kerendahan hati untuk bertanya demi kepentingan anak-anaknya.


Bakal-bakal ayah dan meraka yang telah mendai ayah, ketahuilah bahawa sebelum seseorang isteri itu mengandung, anak itu telah dikandungi dahulu dalam Alamul Sulbi. Seperti firman Allah yang bermaksud, "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), Kami menjadi saksi". (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Surah al-A'raaf, ayat 172)


Sel pembiakan jantan atau sperma yang menang dan telah bergabung dengan sel pembiakan betina iaitu ovum, bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah suatu yang telah dipilih tanpa kita sedari, sepanjang proses itu berlaku. Sperma yang paling kuat itu adalah sperma yang membawa niat dan amalan yang paling kuat sepanjang pembentukan sperma itu. Jika niat dan amalan seorang suami itu baik, maka, sperma yang paling baik, yang akan menjadi anak yang solehlah yang telah menang. Jika di sebaliknya, seseorang suami itu tidak menunaikan tanggungjawap dan melakukan masiat dan fasik, maka perbuatan ini amatlah mempengaruhi sperma yang bakal menang. Tidak ramai yang ketahui, bagaimana sikap seorang suami sebelum anak itu dilahirkan juga sudah mempengaruhi janin yang bakal dikandung oleh isterinya.


Inilah perkara pertama, tanggungjawap sebagai seorang suami dan bakal seorang ayah. Memastikan bahawa anbak yang bakal lahir itu adalah suci dengan menyucikan diri. Seterusnya bila mengeluarkan sel pembiakan, pastikan suami meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah terhadap kejahatan syaitan. Jika saat bersama dengan isteri tiada bacaan doa, maka ketahuilah, syaitan yang akan mendahului! Ini amat jelas di dalam hadis-hadis Nabi SAW di dalam bab ini. Setelah sel pembiakan bergabung dan membentuk zigot, maka hangan sekali putus berdoa kepada Allah, memohon zuriat yang baik. Beristighfar sekiranya bahagian yang pertama dan kedua telah anda abaikan.



Jaga emosi
Ingatlah, terlalu ramai ibu dan bapa sibuk dengan pertumbuhan fizikal sahaja. Pemakanan, keselesaan fizikal ibu dijaga, pergi berjumpa doktor dan sebaginya, namun keperluan dimensi diri yang tiga lagi tidak begitu dipentingkan. Anak-anak kita bukan tubuh badannya sahaja. Dia juga mempunyai empat dimensi diri yang perlu diseimbangkan pertumbuhannya. Maka carilah jalan bagaimana boleh merangsang pertumbuhan intelek anak, sejak daripada dalam rahim ibunya lagi.


Banyak buku yang boleh dibaca, mudah pula didapati di pasaran. Namun, jangan berhenti di situ sahaja. Anak-anak yang pintar bukan hanya kerna otaknya terangsang, tetapi seorang yang seimbang pertumbuhan dirinya. Maka, pastikan pertumbuhan emosi anak itu sihat. Bagaimana caranya? Dengan memastikan si ibu benar-benar dijaga emosinya. Ketahuilah wahai bapa-bapa, pada masa mengandung ini, seorang wanita itu menjadi lebih sensitif hatinya. Mungkin kerana ketidakstabilan hormon di dalam badannya. Jangalah perasaan isteri. Mungkin anda berasa penat, apa lagi jika si isteri mengidam itu dan ini. Ketahuilah, penat yang anda rasa itu mungkin boleh habis setelah anda berehat. Namun, bagi si isteri pula, ia akan berterusan setiap detik sehinggalah setelah melahirkan dan pantang atau mungkin lebih daripada itu, sepanjang proses nak masih dalam penyusuan.


Sekiranya isteri mengidam, itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, secara saintifiknya telah membuktikan bahawa ibu itu mengidamkan sesuatu yang diperlukan oleh bayi yang dikandung, untuk membesar dengan baik. Terdapat di dalam buah atau makanan yang diddamkan itu, zat-zat yang diperlukan. Namun, tentulah ini semua menpunyai batasannya. Jika yang diidamkan sesuatu yang haram atau yang pelik-pelik (contoh, kiwi kasut ke...), maka tentulah itu tidak datang daripada yang lain, selain daripada hasutan syaitan.


Bila si suami menjaga isteri itu dan isteri itu berasa amat dikasihi, maka banyak endorfin wujud di dalam badan si ibu dab mengalir ke janinnya. Maka janin ini akan medapat banyak tenaga positif untuk pertumbuhan emosi, intelek dan fizikalnya dengan baik. Tekanan emosi atau trauma akan menyebabkan renjatan emosi yang akan menghasilkan banyak kimia yang mempunyai kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal, mental, smosional dan spritual janin itu. Anak-anak ini akan lahir dengan pelbagai masalah psikologi.



Kecemerlangan diri
Dari segi spiritual pula, si ayah boleh menyediakan diri untuk mendidik anak yang bakal lahir nanti dengan perkara-perkara yang membantu ana ini menyedari keistimewaan dan keunikkannya. Si ayah boleh bercakap-cakap dengan bayi itu sejak dalam kandungan ibu lagi tentang betapa istimewanya anak ini. Bacakan ayat-ayat al-Quran atau cerita-cerita yang memberi kesan positif. Ya, walaupun anak itu masih di dalam kandungan. Sebenarnya roh anda dan anak itu amat bertaut.


Setelah anak itu lahir, teruskanlah pentarbiahan. Gunakan surah Luqman sebagai cahaya untuk memerangi anda dalam mengetahui yang mana priority dan yang mana tidak. Anak-anak yang rapat dengan ayah mereka terutamanya anak-anak lelaki akan membesar dengan baik. Besar sebenarnya peranan seorang ayah. Mengapa dunia sekarang ini menghadapi banyak masalah terutamanya masalah yang bersabit dengan kanak-kanak, ialah kerana kurang terdapat ayah-ayah yang benar-benar mengambil berat dalam penglibatan diri meraka dalam pendidikan anak-anak. Apa lagi dengan fenomena ibu tinggal yang menjadi satu kebiasaan di zaman sekarang ini.


Sebagai ibu dan bapa, kita perlu ambil berat tentang pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Kecemerlangan diri kita amat bergantung rapat dengan kecemerlangan pendidikan asas yang kita terima. Pembangunan modal insan amat berkait rapat enggan hormat diri individu, dan hormat diri (harga diri) ini pula amat berkait rapat dengan EQ-SQ individu itu sendiri.


Hati individu itu perlu penuh dengan kasih-sayang dan merasa dikasihi. Ia akan menjadi merah menyala dan bercahaya. Individu ini melakukan sesuatu di atas sebab yang paling besar maknanya iaitu untuk kepentingan umat sejagat dan seluruh ciptaan Allah SWT. Hati yang penuh kasih sayang ini pula datangnya daripada hati yang telah menerima kasih sayang tanpa syarat daripada ibu dan ayahnya, sejak kewujudannya di dalam rahiim ibunya lagi. Jika dia gagal menerima ini, tidak bermaksud dia tidak boleh berjaya, namun dia akan melalui lebih banyak kesukaran.


Kecemerlangan modal insan datangnya daripada individu-individu yang berhormat diri tinggi, individu yang mempunyai hati yang penuh kasih-sayang, yang membesar dalam keluarga penuh kasih sayang. Kecemerlangan diri dan keibubapaan cemerlang adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan, seperti kata-kata senaman agung Allahyarham Tan Sri P.Pamlee, "?andai dipisah, lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa?."


Sumber: Dr. Rozieta Shaari, Al Advancement of Human Potential

No comments:

Post a Comment